Doa Seorang Kekasih

{ Posted on 9:08 PTG by -ukhTieSagHir- }
Tags : ,

Aku layak Dihukum!

{ Posted on 6:32 PG by -ukhTieSagHir- }
Tags :
Berenang-berenang ke hulu,
berakit-rakit ke tepian..
bertandang-tandang dahulu,
berucap-ucap kemudian..
menahan-nahan di ulu,
melafaz-lafaz kemudian..
bermonolog di jiwa semu,
bertingkah lebar ke depan.
Apa yang di jemu,
sebuah sampan emas buatan,
di lihat,berpaling enggan,
di usik malu tersimpan..
Di mana singa ketiduran,
di situ terbaling batu terpempan..
Sengaja bukan tak sedar pun tidak,
hanya sekeping lidah terhumban pada
dasar lelangit yang paling dalam..
Aku bertemu Tuhan,
pada sepertiga malam yang di janjikan..
telah pun di iakan,angguk apatah lagi.
Bertemu aku dengan Tuhan,
pada kesunyian malam di huni ribuan bintang di dada langit,
Dongak tinggi aku ke bumbung biru,
sambil sepasang tangan menadah ketar,
kaki yang berdiri jua terlipat dua,
terjunam di atas tikar mengkuang yang terbuang..
Mata yang berlingkar pada setiap pelusuk makhluk atas,
tak terhirau cengkerik bernada nyaring mengganggu
konferensi hamba hina dengan Tuhan..

Aku berkata..
“Aku tidak layak,Tuhan!Tidak layak!Menerima ampunanMu satu penipuan terbesar dariku!”
“Setiap detik aku lalai..namun bibir aku mengucap syahdu mencintaiMu..aku bohong,Tuhan…”
“Aku bohong..!Mahukah Kau menerima aku untuk di undang ke realiti ala fantasiMu itu..sedangkan aku telah menolak dari mengingatiMu sekedar memo yang lama…”
“TIDAK!TIIDAKK!Aku tidak mensyirikMu!Jauh sama sekali!Kalau ada,Kau hukumlah aku saat ini supaya aku tahu aku mensyirikan Tuhanku kini!”
“Aku layak dihukum!”

Lelaki idaman saya...;-)

{ Posted on 9:27 PTG by -ukhTieSagHir- }
Tags :
         
Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar


Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan
Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat
jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya


::Popular dengan Kebaikan VS Popular dengan Keburukan::

{ Posted on 9:38 PG by -ukhTieSagHir- }
Tags :
Anda kenal?

Popular bukan?Ya,itu jawapan saya.Popular bermaksud seperti dikenal atau diketahui umum; termasyhur; tersohor.Bila bertanya 'nak jadi pop x?',macam-macam action figure keluar.Ada yang boleh jawab dengan confident 'nakla',saja menggangguk,ada yang geleng,ada jugak yang diam,walhal telinga dah menyala merahnya.Ya,sebab kebanyakan manusia berfikir dengan menjadi popular,kita takkan di remeh,takkan di hina,di ketepi,ramai kawan,nak kutuk pun tak sampai hati,nak buat sesuatu pun rasa perlukan geng popular supaya kita pun dapat bau sikit,dan macam-macam lagi.Tapi apakah kita faham,jenis popular apa yang sering kita buat.Sama ada perkara baik yang menjadi sebutan,atau keburukan yang menjadi rebutan.
Kenyataannya,manusia hari ini,sebenarnya lebih gemar mem'popular'kan diri dengan keburukan berbanding kebaikan.Setuju atau tidak?simpan jawapan anda dalam hati sendiri baik-baik.Suatu hari nanti berguna juga untuk diri sendiri dan orang yang memerlukan.Contoh popular dengan keburukan:mengutuk,menghina,mensabotaj,memandang rendah kepada orang lain,bercakap kasar sehingga tidak mempedulikan kesopanan,kurang ajar,merompak,menyeleweng,bercouple,dsb.Kita fikir kita hebat,kawan.Hakikatnya No.Kita fikir dengan begini kita boleh memperoleh rakan yang setanding dan hebat-hebat belaka.Hakikatnya SEMENTARA.Dengan memutarbelitkan cerita,kita mudah dapatkan kemenangan di berpihak pada kita dan kawan juga memburui kita berbanding dengan orang lain.Hakikatnya TERTIPU DIRI SENDIRI.Memakai barangan yang mahal untuk perhatian,rajin study sehingga semata-mata mahu dapatkan target dan misi sendiri.Hakikatnya DAPAT,TAPI TAK TERCAPAI DENGAN JAYANYA.
Kesannya berkali ganda dahsyat dari yang kita sangka.Maka berhati-hatilah.Hari ini mungkin kita cuba beradegan rilek,up to you.But remember.What you do,you might get back.
Kenyataan lain pula,popular dengan kebaikan.Banyak perkara baik,banyak tindakan yang baik.Cuma popular hanya sehelai dari beribu A4 dalam satu rim.Kerana,kerana kenyataan manusia yang begitu ramai popular dengan keburukanlah.Senang cerita.Trust me,someone yang mengimpikan populariti dalam hidup,dia pasti dapat.Cuma takdir Allah selalu menyingkatkan tempoh populariti seseorang.Akhirnya,ke kubur jua.Kecuali seorang lelaki yang sentiasa popular sepanjang zaman,baginda Rasulullah SAW.Lelaki yang popular dengan kebaikan.Dan kebaikan baginda menjadi ikutan.Maha dahsyat kesannya.Populariti beginilah yang bagus untuk di contohi.Cara baginda mempopularkan diri kena dengan keadaan zaman pengikutnya.Saya tidak mengatakan bahawa Baginda memang mencari populariti demi kepentingannya sendiri.tetapi dengan menyatakan bahawa 'Aku adalah Muhammad,Pesuruh Allah',sudah cukup membuktikan bahawa baginda tidak melarang kita mempopularkan diri,demi mencari ruang-ruang kebaikan.Itu lah yang sebaiknya.Semoga entri kali ini,popular dengan mesej-mesej kebaikan dari saya.dan dari manusia yang sebelumnya yang telah pun diberi peringatan dari Allah taala untuk menyampaikannya.
                       "Bukanlah kita yang memulakan,bukanlah kita juga yang mengakhirkan"
Just passing dari tangan ke tangan.Which means,menyampaikan mesej dari orang lain kepada orang lain.InsyaAllah,Illal liqa'.
{ Posted on 9:17 PG by -ukhTieSagHir- }
8 tuntutan BERSIH 2.0 
1. Membersihkan senarai undi.
2. Mereformasi undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal.
4. Akses media yang bebas dan adil.
5. Tempoh kempen minima 21 hari.
6. Memperkukuh Institusi Awam.
7. Menghentikan rasuah.
8. Menghentikan politik kotor.


Membaca, Menilai, Mengkaji dan membuat Keputusan adalah peranan Anak Muda hari ini. "Anak Muda Sayang Malaysia".

DARI SISWA KEPADA SISWA

{ Posted on 10:27 PTG by -ukhTieSagHir- }
KITA DAHAGAKAN KEADILAN DALAM NEGARA.SEKIAN LAMA KITA TERSESAK DALAM KEKOTORAN DAN CELANA PENIPUAN.THE DECISION IS IN OUR HAND.WE ARE  WHO WILL LEAD THIS COUNTRY EVEN THE WORLD ALSO.SO LET US CALL THE FREEDOM AND JUSTICE FOR ALL.AND PREPARE TOGETHER TO LEAD THIS COUNTRY WITH FULL COLOR OF JUSTICE!AND THE PEACE WILL TWO THUMBS UP!
JANGAN PERSOAL TENTANG JIHAD DAN PENGORBANAN DI JALAN ALLAH JIKA KITA MASIH TERPINGA-PINGA DENGAN TRICK OR TREAT FOR MALAYSIA.LET'S GET A WALK FOR DEMOCRACY!!

AKU MENULIS KERANA ALLAH

{ Posted on 5:25 PG by -ukhTieSagHir- }
Bismillah…
Alhamdulillah wa syukurillah,masih di beri kesempatan untuk menulis sekali lagi,setelah agak lama menyepikan ruang ini dari terus berkongsi pelbagai cerita,pandangan,dan sebagainya.Maha Besar Allah,yang menciptakan manusia itu dengan berbagai kerenah dalam dirinya.Ada yang di ciptakan dengan mata yang sangat sepet,sangat bulat,hidung tak seberapa mancung,pipi yang tembam di ulit dengan lesung pipit yang mampu menawan jiwa mereka yang melihat,ada yang Allah beri kekurangan wajah yang tidak seberapa cantik tapi akhlaknya tiptop,ada pula yang sebaliknya.Tidak lain tidak bukan wahai sahabat pembaca yang budiman,jawapannya hanyalah sepotong ayat yang Allah telah sebutkan bahawa setiap manusia itu akan di uji.Saya yakin anda percaya,bahawa setiap manusia itu berhak untuk menilai sesuatu,bukan.Ya,tidak saya nafikan.Namun,biarlah ‘not beyond the line’.Sebagai sebaik-baik makhluk di atas muka bumi ini,tidaklah Allah lupa untuk meciptakan kepada kita sejenis perasaan bernama timbang rasa.Kali ini,saya ingin berkongsi dengan anda mengenai seorang manusia yang telah di uji dan kini masih lagi di uji dan saya yakin,ujian ini tidak akan berakhir begitu saja selagi manusia yang lainnya melihat dia seorang saja yang di uji.Yang melihatnya juga sebenarnya di uji.Di uji sejauh mana langkah untuk membantu,menilai,atau memberi persepsi kepada manusia lain yang sedang di uji.Dia bukanlah manusia yang sering di damping.Sering di labelkan sebagai manusia yang hampir kehilangan akal.Sakit mental.Hidupnya suka mengkondem orang lain atas setiap kegagalan yang di buat,yang dia tahu,semua orang di sekelilingnya bersalah dan dia sajalah yang betul.Segala musibah yang berlaku,yang berhampiran dengannya ketika itu,dialah yang akan persalahkan.Suatu ketika di saat dia seorang diri di rumah dan temannya yang lain sedang enak di buai mimpi pada suatu petang,seorang sahabat datang di hadapan pintu rumah,menjengah mencari temannya salah seorang yang di buai mimpi tadi.Setelah sedar temannya yang di cari tadi masih lena,dia beranjak pergi.Hamba Allah yang di uji ini tadi segera meluru keluar mencari manusia yang di sangka ‘mengintip’nya tadi.Tanpa alasan yang kukuh,sahabat tadi di marahi dan di tuduh melakukan yang pelik-pelik.Setiap tuduhannya berbaur prasangka yang bertujuan untuk mengenakannya.Begitulah kisahnya di saat dia di uji.Dia sangat suka bertanya.Tambah-tambah jika bertanya tentang bagaimana menyelesaikan masalahnya.Jika lima jari yang di tunjuk,lima jawapanlah yang dia inginkan.Si hamba Allah yang menjawab pula terpaksa memberi jawapan berserta perdebatan dan sedikit perbalahan yang menjadi sikap biasa insan yang di uji ini.Penyelesaiannya sering tergantung.Begitulah yang di ceritakan kepada saya.Sering bercakap soal mati,membunuhnya,tiada siapa yang mahu merompaknya segera supaya hidupnya boleh berakhir dengan cepat,dan lain-lain.
Dia pernah memiliki seorang teman istimewa dalam kelasnya suatu masa dahulu.Dia tidak bersama berkawan dengan orang lain.Baginya,teman istimewa itu jugalah teman,kawan,sahabat,tempat mendengar curahan hati dan sekalian tempat bergantung hidup.Alkisah hamba Allah itu telah pun memutuskan untuk berpisah dengannya,dia mula di labelkan gila oleh rakan-rakannya yang lain.Pelajarannya merosot,sukar untuk tumpu kepada pelajaran dan hanya menunggu saat untuk di tendang universiti.Banyak matapelajarannya gagal kerana sikapnya yang ‘paranoid terlampau’.Aduhai hidup…ada juga manusia begini.Apa yang menarik sedikit,dia suka berbual dengan saya.Kadangkala apa yang pernah saya nasihati dan pandangan yang saya berikan,dia suka mendengarnya.Yang peliknya,dia jauh lebih tua dari saya.Perwatakannya sangat kebudak-budakan.Tapi dia sangat istimewa bagi saya.Mangajar saya untuk lebih bersedia berdepan dengan cabaran masalah peribadi,dan mengizinkan saya untuk lebih bersabar berdepan dengan sebarang masalah lain.Mungkin saja anda boleh berkata saya belum di uji untuk berada setiap saat di sisinya seperti si penenang tadi.Sudahnya,dia juga menjadi tidak tenang akibat insan paranoid ini.Saya juga memiliki kekurangan.Namun semuanya saya boleh katakan andai ianya boleh berlaku dengan izin Allah.Jika Allah mengizinkan saya bahawa saya boleh menjadikan dia kembali hidup seperti manusia normal kembali,percaya pada prinsip agama dan sudah boleh menyusun matlamat hidup sendiri kembali,Allah pasti akan menjadikannya benar.Segalanya di atas ketentuan Ilahi.Seperti yang saya katakan tadi,setiap manusia itu di uji.Yang melihatnya juga di uji.Saya melihatnya sendiri.Manusia begini di lahirkan di atas dunia juga merupakan satu asbab untuk kita mengutip sebanyak mungkin ibrah dari hidup bahawa kita ada masalah besar,tetapi mungkin terkadang kita lupa,orang lain duji dengan masalah lebih besar.Kita kata kita sentiasa sakit dan takkan pernah sembuh sedangkan kita masih di beri peluang Allah untuk makan dan minum dengan baik,tanpa memikirkan hakikat keadaan manusia lain yang tak pernah terlintas di fikiran kita bahawa mungkin sekarang dia sedang makan bubur dengan kaki.Bubur dicelup,dan di hisap atau di jilat kerana jarak kaki dan kepala tidak begitu dekat.Tangannya Allah ambil.Sahabat,kalau ada di antara kita yang terleka dengan nikmat dunia,peringatkan dia bahawa dia dan harta itu adalah pinjaman.Esok mungkin di ambil balik.Andai saya begitu juga,peringatkan saya.Saya sekian lama telah redha,dan masih tercari-cari siapakah manusia yang boleh melakukan itu kepada saya.Persoalannya:
-Adakah manusia seperti cerita tadi kini di sisi anda..?Muhasabah.
Bisikku pada Rabb…
‘Jadikan aku dan keturunanku dari kalangan hamba-hamba yang bersabar banyak dengan dugaanMu,duhai Allah….’

-Leanmaria91-

Puisi Wanita Soleheh

{ Posted on 1:39 PG by -ukhTieSagHir- }
kalau aku ditanya
siapakah rembulan jiwa dunia
pasti kanku sebut
wanita solehah
dia harta dunia
dia saham akhirat
kalau wujud permata tak ternilai
maka dia jauh dari gapaian pemikiran
wanita solehah
mentari hati
sopan lembutnya
menawan diri
lembut tuturnya
hiasan diri
teguh taqwanya
harga diri
wanita solehah
tongkat buat lelaki
yang buta menuju ALLAH
cahaya buat lelaki
menyinar gelap jalan menuju ILLAHI
oh wanita solehah
lagu ini untukmu
harga yang tidak ternilai
aprisiasi pandanganku kepadamu
peneman sejati hidup ini
penyejuk damai hati ini
bergerak melangkah menari
pendamai mata yang sunyi
kawan da’ie yang sepi
wanita solehahle
bih dari bidadari
menyimpan dirihanya untuk ILLAHI
ALLAH…apakah KAU Dengar suara hati ini?
menangis sepi merembes di hati
wanita solehaha
pakah dalam gapaian diri?
wanita solehahaprisiasikuaprisiasi yang tertinggi


by…Laksmana Angkasa
Terima kasih banyak2.nukilanmu memberi inspirasi

Gosip itu 'Bagus'.

{ Posted on 1:36 PG by -ukhTieSagHir- }
Tags :

My name is gossip.
I have no respect for justice.
I maim without killing.
I break hearts and ruin lives.

I am cunning and malicious and gather strength with age.
The more I am quoted the more I am believed.
I flourish at every level of society.
My victims are helpless.

They cannot protect themselves against me because I have no face.
To track me down is impossible for you.
The harder you try, the more elusive I become.
I am nobody’s friend.

Once I tarnish a reputation, it is never the same.
I topple governments and wreck marriages.
I ruin careers and cause sleepless nights, heartache and indigestion.
I spawn suspicion and generate grief.

I make innocent people cry in their pillows.
Even my name hisses. I am called Gossip.
Office gossip. Shop gossip. Party gossip. Telephone gossip.
I make headlines and headaches.

Before you repeat a story ask yourself, is it true?
Is it fair? Is it necessary? If not— KEEP IT TO YOURSELF!
If you spend as much time praying as you do talking about others
behind their backs,
you would be further ahead Spiritually.

Orang itu siapakah?

{ Posted on 12:42 PG by -ukhTieSagHir- }
Tags :
Bismillah....semoga Allah masih mahu memberiku hidayah berterusan,melindungiku dari terus rasa bergantung kepada taghut,dan bermanis muka pada kejahilan moden.Peringatan ini saya tuju khas untuk diri saya sendiri dan para du'at di luar sana.Barangkali sibuk dengan urusan masing-masing.Barangkali ada yang sibuk memikirkan ummat,barangkali ada yang masih terlena di buai keasyikan berada dalam jemaah namun masih tidak memahami erti dan kepentingan perjuangan bersama.Masih juga barangkali,kerana barangkali itu tidak bererti semua ataupun setiap kali,Ya Rabb,eratkan hati-hati ini..kerana ada orang yang masih belum sempurna ilmunya,namun tetap bersemangat berdiri teguh atas jalanMu.Tapi jangan biar manusia seperti ini rugi,Tuhan..kerana barangkali manusia itu adalah aku..
Ada orang,
Dulu, hidup penuh jahiliyyah, bila tersedar terus ligat sana sini ingin berdakwah.
bukan apa, bukti syukur dan sayang ummat.
Ada orang..
sayang dakwah tapi masih cintakan jahiliyyah
bukan apa, kene tadarruj
tapi mujur amal dakwi masih meneguhkan dia disini.
Ada orang..
sedap memberi ceramah
liqa’nya menarik dan menolak
bukan apa, banyak ilmu ditimba dan luas pengalaman di medan
tapi sayang, ghurur dan ujub menguasai diri,
takut-takut nanti tergelincir di tengah jalan.
Ada orang..
di mana daurah di situ mukanya
di mana mukhayyam di situlah dia
di mana mabit disitu tidurnya
kemana sahaja pasti ada dia
tidak perlukan dia pun masih ada dia
bukan apa, sayang sangat pada tarbiyyah
tapi sayang di medan longlai dan lesu
ke sana kemari hanya kerana suka
juga kerana semangat berpersatuan.
Ada orang..
dulu ligat
kereta hijau di belasah sekuat mungkin
bilik-bilik kosong digegarkan dengan liqo’
surau-surau menjadi saksi pertemuan kasih
tapi sayang
segalanya hanya sejarah
tapi mengapa?
Ada orang..
Ada orang..
Ada orang..
Jangan lupa kita juga orang..
Jangan lupa hidayah bukan milik orang..
Tentunya Allahlah yang memilih orang..
Adakah kita layak?
Untuk dipilih dan terus dipilih.
Satu langkah ke arah mungkar, akan ditambah beberapa langkah lagi.
Bila berpaling ke belakang sudah jauh berjalan rupanya.
Tapi tika dan saat itu, takut sudah letih berjalan untuk berpatah balik.
Jadi AWASI syaiton sekeliling!
Gigit kuat-kuat hidayah ini..
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.
:: Al-A’raf, Ayat 175 ::
Andai kau buka pakaian tarbiyyah ini
Syaitan menerkam memeluk kau erat!
Siapa rugi?

Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya),Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
:: At-Taubah, Ayat 39 ::

Tak pa..
pergilah jauh-jauh
seandainya hidup dunia itu yang engkau pilih
pastinya dakwah ini ada penggantinya.
Jika kita buka peluang…
untuk Orang lain..